Friday, 25 November 2016

SEDIKIT TENTANG CHAIRIL ANWAR


Assalamualaikum..

Bagi memulakan penulisan di blog baru ini, aku akan mulakan dengan menulis sebuah sajak Chairil Anwar. Sajak ini merupakan satu-satunya sajak yang aku ingat sepenuhnya setakat ini. Setakat ini. Selepas ini lebih banyak sajak-sajak lain yang akan aku hafal.

Kenapa hafal?

Kerana aku anak sastera! Sebagai anak sastera aku perlu tahu banyak perkara berkaitan dunia sastera. Aku perlu tahu siapa sasterawan-sasterawan negara yang seramai 13 orang setakat ini. Aku perlu tahu siapa satu-satunya sasterawan negara daripada golongan wanita. Aku perlu tahu latar belakang mereka. Aku perlu tahu kecenderungan mereka dalam bidang novel atau puisi atau cerpen dan sebagainya. Aku perlu tahu segala-galanya pasal mereka.

Bukan itu sahaja.

Aku perlu tahu pasal karya-karya sastera. Karya apa yang pernah menang anugerah sastera? Apakah karya-karya terbaik sastera? Apakah polemik yang pernah berlaku dalam dunia sastera? Banyak lagi yang perlu aku tahu mengenai dunia sastera.

Aku harap aku masih belum terlambat untuk mengenali sastera. Meskipun ketika di semester tiga barulah aku benar-benar jatuh cinta pada dunia sastera, aku rasakan bahawa itu bukanlah satu penghalang buat aku terus menyelongkar dunia sastera yang luas lagi bermanfaat ini.

Jadi terimalah sajak ini...

AKU

Kalau tiba waktuku
'Kumau tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi


Bagaimana? Keras bukan nada sajak ini? Sajak ini adalah mengenai ketidakpedulian Chairil terhadap sesiapa sahaja yang menentang mahupun megkritiknya. Chairil merupakan anak kelahiran Medan, Sumatera Utara pada tahun 1922. Beliau banyak menghasilkan puisi yang bagus dalam pelbagai tema namun beliau telah meninggal dunia sebelum melangkau usia 27 tahun. Meskipun begitu, karya-karyanya masih segar sehingga ke hari ini.

Hebat bukan?